i've just read my old friend's blog. i don't know but it make me feel something. masa lampau bagaikan hantu yang terusan menghantui diri kita. ada bahagian yang menarik dan kita ingin ia melekat di kotak kenangan, tapi masa silam yang tidak comel cuba dilenyapkan. dalam kita mengharungi hidup pelbagai kerenah yang kita temui. namun adakah kita cukup sabar untuk menghadapinya. dalam pada kita mempersoalkan kewarasan tindak-tanduk orang lain, kita terlupa akan kesinambungan pada perlakuan kita. dan kita termangu pada persoalan adakah kita layak untuk menghakimi orang lain. ataupun pada dasarnya kita semua mempunyai hak untuk mengadili orang lain berdasarkan pendirian dan pendirian tersebut tidak merentasi mana-mana batasan dan juga logiknya diterima oleh pemikir lain.
mungkin kerana sifat ingin terus mengadili telah mencetuskan konflik, dan konflik ini yang merenggangkan perhubungan. perhubungan yang aku sangkakan akan berkekalan. namun kekal atau tidaknya perhubungan ini pastinya berada di tangan sendiri. sama ada aku yang ingin merubah ia kembali erat atau lepaskan saja talinya. hari ini, aku masih tercari-cari di mana letak tanda tanya yang menjadikan aku masih ragu-ragu untuk menjernihkan semula suasana.
No comments:
Post a Comment