OLD
13th july 2006...hari jadi aku yang ke-27 dan apa yang menarik pada hari tersebut ialah aku pergi ke kelas seperti biasa. kelas data structure and algorithm seawal jam 8am dan kelas berakhir jam10am. kemudian aku buat kerja di tempat aku sehingga jam mencecah 12 tengahari dan aku menerima sms dari seorang kenalan lama yang ucap selamat hari jadi pada aku dan pada ketika itu la baru aku teringat yang hari tersebut adalah hari jadi aku. lupa sungguh! masa tu baru la terasa..tuanya aku..hari jadi sendiri pun terlupa! tapi takpe abang aku pernah cakap orang tak ingat hari jadi tapi orang ingat mati..heh ayat best giler
anyway, 27 tahun aku hidup, nak kata macam-macam dah aku lalui sebenarnya takde le banyak mana tapi yang pasti masih banyak lagi yang aku perlu pelajari. masa sekolah menengah selalu terfikir apa le nak jadi bila aku umur 25 tahun. tapi hari ni aku dah pun 27 tahun dan alhamdulillah masih lagi jadi "orang" dan kena terus cuba untuk jadi yang lebih baik.
dan macam biasa pada usia ni soalan yang paling glamer ialah bila nak kahwin? hem..bila ye? yang ironiknya orang selalu tanya soalan ni dan semua orang confirm tau yang jodoh adalah di tangan Tuhan..then what's the point of asking the question?! mana le aku tau bila nak kahwin. cari..memang la cari..cuma tak jumpa je lagi. memilih sangat, well of course la kena memilih, ni nak cari orang nak nak tinggal dengan kita seumur hidup, tido sekatil, share bilik, bilik air, dapur, anak-anak..segala-galanya la..seumur hidup..of course la Tuhan yang tentukan tapi kita kan planning so mesti la kita plan jangka panjang. kalau untuk jangka pendek..lama dah aku kahwin. dan iskandar (adik) pernah cakap jangan dipersoalkan kerja Tuhan tapi fikir camana nak tangani apa yang ada.
kadang-kadang bila fikir semula, terasa la jugak dah tua, tapi bila fikir sekali lagi, takde apa pun pada nombor usia tu, tapi bila fikir cara lain pulak i should proud with my age..aku terasa yang aku dah matang and matured is an advantage to me. emm aku tak tau la kat tahap mana kita boleh consider matang cuma pada aku matang adalah bila kita fikir satu-satu benda kita akan menilai dari pelbagai aspek dan keputusannya tidak melibatkan emosi yang melampau. so secara logiknya kalau orang tu over sensitif maksudnya dia tak matang. kita memang la kena sensitif, dan sensitif tu perlu supaya kita sedar akan limit untuk satu-satu perkara tapi kalau memanjang yang nak kecik hati..payah la pulak..the world would not turn around the way we like/want. kita tak boleh harap yang orang akan cakap benda yang baik aje pada diri kita. so kalau kita matured enough we are going to become an absorber, dengar..terima..fikir..do the necessary action..analize then create a conclusion.
but how do we measure the level of sensitivity?
Thursday, July 20, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment