Thursday, July 20, 2006

OLD

13th july 2006...hari jadi aku yang ke-27 dan apa yang menarik pada hari tersebut ialah aku pergi ke kelas seperti biasa. kelas data structure and algorithm seawal jam 8am dan kelas berakhir jam10am. kemudian aku buat kerja di tempat aku sehingga jam mencecah 12 tengahari dan aku menerima sms dari seorang kenalan lama yang ucap selamat hari jadi pada aku dan pada ketika itu la baru aku teringat yang hari tersebut adalah hari jadi aku. lupa sungguh! masa tu baru la terasa..tuanya aku..hari jadi sendiri pun terlupa! tapi takpe abang aku pernah cakap orang tak ingat hari jadi tapi orang ingat mati..heh ayat best giler

anyway, 27 tahun aku hidup, nak kata macam-macam dah aku lalui sebenarnya takde le banyak mana tapi yang pasti masih banyak lagi yang aku perlu pelajari. masa sekolah menengah selalu terfikir apa le nak jadi bila aku umur 25 tahun. tapi hari ni aku dah pun 27 tahun dan alhamdulillah masih lagi jadi "orang" dan kena terus cuba untuk jadi yang lebih baik.

dan macam biasa pada usia ni soalan yang paling glamer ialah bila nak kahwin? hem..bila ye? yang ironiknya orang selalu tanya soalan ni dan semua orang confirm tau yang jodoh adalah di tangan Tuhan..then what's the point of asking the question?! mana le aku tau bila nak kahwin. cari..memang la cari..cuma tak jumpa je lagi. memilih sangat, well of course la kena memilih, ni nak cari orang nak nak tinggal dengan kita seumur hidup, tido sekatil, share bilik, bilik air, dapur, anak-anak..segala-galanya la..seumur hidup..of course la Tuhan yang tentukan tapi kita kan planning so mesti la kita plan jangka panjang. kalau untuk jangka pendek..lama dah aku kahwin. dan iskandar (adik) pernah cakap jangan dipersoalkan kerja Tuhan tapi fikir camana nak tangani apa yang ada.

kadang-kadang bila fikir semula, terasa la jugak dah tua, tapi bila fikir sekali lagi, takde apa pun pada nombor usia tu, tapi bila fikir cara lain pulak i should proud with my age..aku terasa yang aku dah matang and matured is an advantage to me. emm aku tak tau la kat tahap mana kita boleh consider matang cuma pada aku matang adalah bila kita fikir satu-satu benda kita akan menilai dari pelbagai aspek dan keputusannya tidak melibatkan emosi yang melampau. so secara logiknya kalau orang tu over sensitif maksudnya dia tak matang. kita memang la kena sensitif, dan sensitif tu perlu supaya kita sedar akan limit untuk satu-satu perkara tapi kalau memanjang yang nak kecik hati..payah la pulak..the world would not turn around the way we like/want. kita tak boleh harap yang orang akan cakap benda yang baik aje pada diri kita. so kalau kita matured enough we are going to become an absorber, dengar..terima..fikir..do the necessary action..analize then create a conclusion.

but how do we measure the level of sensitivity?

Wednesday, July 12, 2006

BROKEN (part 2)

hemm..apa yang berlaku bila aku masuk uitm? well..the most importance thing is aku stop buat kerja ngok. mungkin sebab masa tu aku start take over new responsibilities. however, i'm happy with my small group of friends during diplome and first degree. aku mungkin tak kenal semua orang..well..kebanyakannya tapi with this small group..aku still belajar banyak benda..dan you'll memang banyak tolong aku faham banyak perkara. daripada pelajaran sampai la perkara-perkara remeh.

second degree, aku kena pergi jauh..rasanya itu la tempat paling jauh aku pernah pergi. again, i enjoy with my small group. and at this time..aku betul-betul dah tak buat kerja ngok, yang mana semua keputusan mesti kena consider consequence dia. anyway, banyak perkara berlaku dalam setahun and its make me have to think and think again about everything. what really happen there? and i can't help keep on wondering..

tetiba je aku ada kat ipoh, rasa macam tak caya pun ada jugak, happy pun iye jugak. everything nampak macam roller-coster. sentiasa berada dalam keadaan..err..tense? something like that. tapi aku macam biasa...happy je kat sana..and of course..all those memories and experience are valuable to me.

now..aku kat pekan koboi mantin. its so calm here..whatever people say. as usuall, i'm happy here..and for all of you..member dari semua peringkat umur yang sama-sama belajar tentang hidup dgn aku..thank you. dulu aku tak percaya bila orang cakap semuanya macam berlaku semalam tapi hari ni baru tahu macamana alami perasaan macam tu. its just like a ghost and keep on hunting you.

i really miss you all..i really do..and i mean it

Thursday, July 06, 2006

BROKEN

exhausted...hari-hari terkejar-kejar ke kelas, dari 8am-4pm, then ada training dari 4pm-7pm, rushing dengan due date untuk exam paper, test, assignment, study untuk subject baru..susah pulak tu..what a day! and am i happy with my life? hehehe i don't need to ask that kind of question to myself..why, because i already knew exactly what i want, its just a matter of HOW.

anyway, hari ni aku nak guna simple malay language. dua tiga hari ni asyik teringat member-member dari aku sekolah sampai la aku kerja. dari kampung sekecil kampung pulai ke bandar besar KL dan shah alam, melewati bandar serabut penang (sori..hihihi) ke bandar lama ipoh hingga ke pekan koboi mantin. 27 tahun, and there are lot of things that i still need to learn.

but the biggest question is mana semua orang? well aku mungkin tak berapa ingat masa kat sekolah kebangsaan pulai, tapi aku memang buat banyak benda masa kat sekolah iskandar shah. a small school, lack of facilities, and absolutely a school for non brilliant students..like me..hehehe..tapi macam-macam aku buat, panjat pagar, keluar curi, jadi tikus masuk dewan makan malam-malam, main simbah air sampai tingkat 3, bergaduh dengan senior, buli junior, kena denda every weekend, ponteng kelas...dan kena sebat dengan warden..huh! banyak giler. pada teman-teman seangkatan, you may reminds me for other things that i might forget (",).

'busy'..i love to use this word..terutama bila ada wedding invitation and I’m totally bad in keep in touch. The truth is aku yang tak cuba langsung untuk cari ruang dan masa supaya aku boleh datang..i’m not try for the sake of friendship. Its totally my fault and at the end takde sapa nak jemput aku lagi and they don’t even know where I’m…poor me! I can’t help wondering ada ke yang nak datang masa aku kahwin nanti m(_ _)m.

are we going to meet again?

Monday, July 03, 2006

PAST

i've just read my old friend's blog. i don't know but it make me feel something. masa lampau bagaikan hantu yang terusan menghantui diri kita. ada bahagian yang menarik dan kita ingin ia melekat di kotak kenangan, tapi masa silam yang tidak comel cuba dilenyapkan. dalam kita mengharungi hidup pelbagai kerenah yang kita temui. namun adakah kita cukup sabar untuk menghadapinya. dalam pada kita mempersoalkan kewarasan tindak-tanduk orang lain, kita terlupa akan kesinambungan pada perlakuan kita. dan kita termangu pada persoalan adakah kita layak untuk menghakimi orang lain. ataupun pada dasarnya kita semua mempunyai hak untuk mengadili orang lain berdasarkan pendirian dan pendirian tersebut tidak merentasi mana-mana batasan dan juga logiknya diterima oleh pemikir lain.
mungkin kerana sifat ingin terus mengadili telah mencetuskan konflik, dan konflik ini yang merenggangkan perhubungan. perhubungan yang aku sangkakan akan berkekalan. namun kekal atau tidaknya perhubungan ini pastinya berada di tangan sendiri. sama ada aku yang ingin merubah ia kembali erat atau lepaskan saja talinya. hari ini, aku masih tercari-cari di mana letak tanda tanya yang menjadikan aku masih ragu-ragu untuk menjernihkan semula suasana.