Monday, May 19, 2014

dapat tawaran HLP (sementara)

bila dah dapat tawaran HLP (sama ada dalam atau luar negara), pertama sekali sujud syukur - Alhamdulillah Allah bagi peluang pada kita, Allah gerakkan hati panel untuk terima permohonan kita. Maha suci Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita. 

Borang setuju terima
ini kena isi la bersama dengan pengesahan Pengarah

Kursus QA
ini wajib hadir, kalau tak dapat hadir, buat surat permohonan pada waktu yg sama telefon pegawai yang berkenaan. tapi jangan marah-marah kalau sepuluh kali call sekali baru jawab, Alhamdulillah berjawab juga. Biasa kursus QA ni dibuat di UUM, jadi pada ibu yang perlu membawa anak kecil boleh diletakkan di Pusat Asuhan UUM. Bayarannya RM30 sehari, siap makan mandi dan sebagainya. Tapi ibu-ibu perlu tengak jadual betul-betul sebab Khamis buka sampi 3.30pm dan Jumaat tak buka sedangkan kelas dari Isnin - Khamis dan biasanya ada malam. Kalau yang kelas malam tu mungkin boleh difikirkan bersama dengan pasangan. Pasal lulus ke tak, itu jangan risau KPM dah perabis beribu takkan dia nak bagi fail kan? hehehe

Kursus BTN (luar negara) 
ini pun wajib hadir, tapi tak perlu mohon, pihak KPM akan uruskan permohonan. Kita pergi je waktu dipanggil. Sekali lagi bagi ibu-ibu yang perlu bawa anak boleh telefon tanya dulu tempat dan sebagainya. Pada Ibu yang perlu menyimpan susu tak perlu bimbang, peti ais disediakan.

IELTS/TOEFL (luar negara)
Ini juga wajib, dinasihatkan cari la kawan-kawan yang ada TESL untuk tolong ajar cara jawab untuk karang dan pemahaman. disyorkan rujuk British Council untuk IELTS, tapi untuk TOEFL ni biasanya untuk yang nak ke US. Semak syarat kemasukan universiti, sebab UKM pun nak kan IELTS walaupun dalam negara (ini bukan universiti yang memartabatkan bahasa Melayu ke? hehehe). Kos utk IELTS RM630 (lebih kurang) kalau gagal satu paper amik semula semua yea.

Universiti
Ini juga penting, dapat pulak KPM nak universiti top 200 - giler ke apa? tapi itu la dah dia yang bagi duitnya so ikut je la kan. macam aku kira nasib baik hehehe. Untuk yang nak buat PhD kena cari supervisor yang berkaitan dengan bidang kita, email personally kat dia. Bagi tau yang kita fully sponsored by KPM. biasa nya itu je yg dia nak. Kalau boleh apply lebih dari 4, jangan jadi macam aku terhegeh-hegeh. 

Penempatan dan keluarga
sebenarnya ini yang paling penting, adakah pasangan sanggup cuti tanpa gaji untuk bersama dengan kita. kalau pasangan kerja gomen takpe jugak. kalau pasangan kerja swasta? takkan nak berhenti kerja. aku takde solution kat sini. yang ini kena bincang - yang penting kerjasama


Thursday, May 08, 2014

Langkah pertama - mohon HLP

dari sehari ke sehari aku nak tulis pasal permohonan HLP terutama untuk yang nak ke luar negara. nak cerita berdasarkan pengalaman aku. sebab masa aku nak fly aku tak tau nak rjuk sapa. rakan-rakan yg ada semua dalam negara pastu standard jawapan..'tak ingat la'..hemmphh. tapi betul la kalau dah 2-4 tahun mana nak ingat. aku pun tak berapa ingat sakit lepas bersalin tu camana hehehe.

tapi sebelum cerita panjang lebar, perkara pertama perlu buat ialah mohon HLP tu dulu. camana nak mohon itu kena follow iklan. untuk PPPT dh macam aku; tunggu iklan kat e-sis. dan perkara paling penting untuk buat permohonan ialah proposal - walaupun untuk mohon Master by course. sedikit nasihat untuk yang berangan ke luar negara, proposal perlu 'cantik' sikit. yang mengesah kena orang universiti (ada Dr. kat depan nama dia..hehehe). 

camana nak proposal 'cantik'? itu kena cari le beb! mana pulak nak cerita kat sini..aku sekolah pun tak abis lagi..kuang kuang kuang.

yang penting BACA




Tuesday, May 06, 2014

phyton

sooooo hari ni kita belajar phyton code sahaja..sepanjang hari..supaya end of day kita giler terror. useful website:

http://www.learnpython.org/en
http://www.pythonlearn.com/
http://www.activestate.com/activepython

ni antara yang aku baru tngaok, sebenarnya ada berlambak lagi kat internet tu.

GO GO PHYTON!!

Tuesday, April 29, 2014

professional

perkara yang mungkin membezakan antara orang Asia khasnya Malaysia dan lebih khusus orang Melayu ialah penggunaan professional. kita suka sangat dengan perkara yang berkaitan sensitiviti tapi sebenarnya kita tak pernah kisah langsung. aku cuma seorang pelajar di sini, namun pegawai perhubungan untuk pelajar postgraduate menyediakan tempat khusus manakala technician datang menyiapkan komputer lengkap dengan internet dan printer. siap bagi email sekiranya mahukan sebarang bantuan. dan semalam aku hantar email mohon software, technician yang sama datang cuba untuk install. walaupun tidak berjaya namun beliau tetap berusaha dan mencari penyelesaian lain untuk aku dengan menghubungi unit software dan penyelia aku. selain tu dia tolong settlekan masalah internet (sebab aku ada dua cable) dan buatkan report mengenai lampu siling di tempat aku tidak menyala. hari ini ada orang maintenance datang betulkan lampu-lampu dalam bilik dan koridor. 

kalau kat tempat kerja lama, nak software ye? meh datang bilik dan install sendiri. nasib lagi baik dia takde kat meja dan cari sendiri cd installer. internet takde? report helpdesk...errr tadi bukan kata internet takde  so camana nak report? maka tunggu la ye...best kan?

Monday, April 14, 2014

saja

dah jumpa supervisor - "very good progress" - oh gembiranya - malas sudah nak baca yang lain. nak balik asyik tengok jam kat tangan. setakat ni hari-hari rasa biasa aje. masih dalam keadaan antara percaya dengan tidak yang kini berpijak di bumi Irelan - maha besar kuasa Allah. nak berjalan duit takde dan leceh dan kesian kat anak-anak sebab sejuk. ada pun jalan depan rumah, seberang jalan ada terusan, kononnya bagi ikan makan tapi dah 2 keping baling biskut takde pun yang bercuit. tapi hari-hari tengok ada je orang memancing. teringin nak tanya tapi macam malas.

Wednesday, April 09, 2014

lain

kadang-kadang hujan tapi renyai-renyai aje. kadang-kadang matahari memancar walaupun tak berapa terik. tapi yang pastinya tetap sejuk. temperature paling tinggi pun setakat ni 15 Celsius. siapa yang jenis kulit biawak memang sangat sesuai duduk kat sini. agaknya sebab tu ramai orang malaysia tak nak balik agaknya. nyaman aje. 

untuk orang macam aku mungkin payah sikit nak duduk sini lama-lama. baru 3 minggu dah rasa macam nak balik. ada waktu rasa macam tak percaya yang aku dah ada kat sini. 

satu benda yang aku tak tau nak classify apa ialah tiap kali berjalan kat pedestrian tu memang sentiasa jumpa cacing. besar ada kecik pun ada. yang masih hidup pun ada yang dah mati pun ada. tak pasti cacing tu sendiri yang nak keluar atau burung yang tarik. tapi yang pasti aku geli giler.


Wednesday, April 02, 2014


Here i am, Maynooth, Ireland. Siapa pernah sangka, tidak pernah terlintas untuk berada di sini. Namun, sesungguhnya kuasa Allah itu sangat hebat. Aku yang asalnya hanya seorang budak kampung yang bersekolah di sekolah biasa sahaja dengan grade SPM pangkat 2. Dulu hanya bermimpi untuk keluar negara, melihat abang-abang dengan keputusan 'flying colours', dan pastinya ada waktu yang menyedarkan itu semua mimpi sahaja. 

Allah itu maha berkuasa, dan hari ini aku di sini, Lab Research 1, Dept of Computer Science, National University of Ireland, Maynooth, Ireland dengan harapan dapat menyiapkan PhD dalam bidang Evolutionary Computing.

Dan ini, adalah pejuang yang menyokong di belakang ku.




Terima kasih papa, imanina dan umar


Tuesday, April 01, 2014

percaya

kadang-kadang sukar untuk percaya berapa banyak yang telh dilalui sehingga ke hari ini; 1 April 2014


Wednesday, August 18, 2010

CHRONOLOGY

rentetan hidup aku..

JUN 2009

aku bukan berkenalan sebab aku memang dah kenal dia. dan kami "berkenalan"

JULAI 2009

aku bersetuju atas kesungguhan yang ditunjuk.

OGOS 2009

perkenalan yang lebih jauh dan besar...keluarga
kata putus diambil

SEPTEMBER 2009

perancangan masuk ke rumah baru..yang aku impikan

OKTOBER 2009

aku dapat kunci rumah ku sendiri

NOVEMBER 2009

menjejakkan kaki ke rumah ku....kosong...tapi gembira
persiapan kepada kata yang telah diputuskan

DISEMBER 2009

pertunangan
CHANGE

hampir setahun berlalu utk last post. something has changed. start dari bulan jun 2009 segalanya berubah. perkara berlaku terlalu pantas...kadang-kadang aku rasa bukan aku pada waktu tu...orang lain...sebab aku tidak jadi diri aku...aku buat perkara yang aku percaya aku takkan buat...sehingga aku pun tak sangka yg aku akan buat

and things has changes..not just me but also myself. perubahan yang drastik. ada waktunya aku ingin kembali kepada diri aku yang dulu. lalui hidup aku yang dulu. tapi perkara dah berlaku, dan aku harus beri peluang kepada diri ku sendiri.

selalunya aku lemas, dan aku tak jadi diri aku yang dulu. aku perlu berubah supaya keadaan menjadi lebih terkawal dan hari esoknya menjadi lebih baik.

Wednesday, August 19, 2009

BTN

hari ni masuk hari ke 2 aku masuk kerja lepas balik dari kursus BTN, setengah orang kata kursus brain wash. err...boleh tahan gak la dia punya washing machine dia...kalah panasonic ke national ke hahahaha. dia mampu la jgk buat kita terfikir kat 4 ke 5 kali masa nak pangkah waktu ngundi huhuhu.

anyway, takde la teruk mana pun kursusnya..takde lari dlm lumpur ke masuk hutan ke panjat bukit. paling teruk pun lari 2km (1km pergi dan 1 km balik), selari dgn usia aku skrg ok gak la pencapaian dia hahahaha. masa paling byk ialah duduk dgr ceramah dan bercakap dlm LDK (yg sebenarnya fasilitator tu je pun yg byk cakap...kami mendengar je)

conclusion dari kursus tersebut: dapat tgk rupa pasir salak resort dan sungai perak dgn lebih dekat dan membuatkan badan aku sakit sebab berlari 2km, yg lainnya rileks je. ada bergambar tapi dlm kamera kawan so kira takde le tu

Wednesday, July 29, 2009

JULY

yup dah nak abis pun bulan julai ni, dari tarikh aku submit last post sampai hari ni macam-macam berlaku. dan bila duduk je depan screen blog ni...aku jadi lost..tak tau nak tulis apa. memang bab perasaan ni aku confirm fail. sebab tu sampai ada orang marah sebab aku tak boleh cakap dan explain..i really can't express my true feeling, so most of the time..aku hipokrit.

pada aku perkara yg melibatkan perasaan ni memenatkan. kena cari ayat yang terbaik supaya tak buat orang lain marah dan pada waktu yang sama cuba sampaikan apa yang aku rasa. malangnya 99% waktu nak explain tu aku kena consider pasal orang punya perasaan dan last sekali aku tak sampaikan apa yang aku rasa dan ikut je supaya orang lain puas hati.

conclusion: kalau nak hati rasa puas..tak payah kawan dgn sapa-sapa..anti-sosial; peaceful

Tuesday, June 02, 2009

BARU

jun 2009

baru je masuk hari kedua dan belum ada cerita nak diceritakan kecuali jabatan aku dah meeting exam..aku dah keluarkan slip keputusan pelajar cuma perlu tunggu official result dari PUO. lain-lain cerita menarik kena tunggu walaupun takde sapa pun yg baca blog aku...perasan je nih..huhuhuhu
LAMA 4

mei 2009

aku ada masa seminggu untuk ganti semua kelas, buat ujian 2, tanda assignment kuiz dan ujian dan nilai mini projek praktikal pelajar. sebab lepas tu aku ada kursus linux administration kat MAMPU (dengan menyimpan harapan bos yg aku boleh jadi instructor linux...huh ambitious giler!) dan balik je dari kursus budak exam selama seminggu dan kami ada masa seminggu utk tanda paper exam dan siapkan spreadsheet markah pelajar. jabatan lain rileks jeee.. bos aku ni memang hebat la.
LAMA 3

april 2009

antara bulan tersibuk aku, PUO ada konvokesyen dan aku AJK merangkap kuli yg perlu berkhidmat utk negara pada hari sebelum konvo, sepanjang hari konvo dan selepas konvo tamat (tak termasuk seminggu sebelum konvo mula) sebab aku ketua AJK Pakaian Istiadat Pelajar dan VIP...bunyi macam hebat giler tapi kerja mengangkut jubah...

then, aku kena pergi kursus induksi (dengan harapan disahkan dlm jawatan tahun depan) selama 2 minggu membuatkan aku tergolek-golek nak cari kelas ganti sebab bila aku balik budak ada seminggu sebelum exam..dengan carrymark tak siap..budak tak ambil ujian 2 dan assignment tak abis lagi tanda. malas nak cerita berapa subjek aku pegang dan berapa ramai student..nanti orang kata aku exaggerate cerita pulak.
LAMA 2

mac 2009

walaupun budak cuti semester seminggu dan ramai staf bercuti tapi aku la unit paling sibuk time ni..unit latihan staf, jadi urusetia untuk uruskan kursus termasuk aku pun jadi peserta kursus dari isnin sampai jumaat.
LAMA 1

februari 2009

aku datang ke UTHM untuk ambil final exam Dip Pendidikan aku selama seminggu. baca tidak apa pun tidak so tibai je jawab...dengan harapan janji pensyarah yang semua orang lulus ditunaikan.
LAMA

lama yg amat aku tak tulis kat sini..last cerita pasal visit aku ke SIS.. punya la lama..dan itu pun penghujung bulan januari. sebenarnya ada banyak cerita, hari-hari pun ada benda yg berlaku cuma sama ada tak sempat nak tulis, malas nak tulis, tak tau macamana nak tulis dan bila nak tulis je hilang semua benda tu dari dalam kepala. so mungkin aku patut refresh semula ingatan aku dan catit satu persatu.

Wednesday, January 28, 2009






SIS

setelah 13 tahun berlalu dan kembali untuk mengenang kisah yang terukir

Wednesday, January 14, 2009

SACRIFICE

lambakan cerita mengenai Palestin...dan cerita ni bukan cerita baru...dah lama...terlalu lama sebenarnya...tapi kisahnya tak pernah berubah...berlarutan hingga wujud term baru Islam adalah terrorist..terrorist adalah Islam...dan memang penyabar sungguh kita ni...terima aje.

kekadang aku terfikir...apa yang kita dah buat untuk Palestin..mereka yang seagama dengan kita..apa yang kita tolong mereka?...tolong sebarkan kekejaman mereka di Internet?...cukup ke? boikot barangan US...memadai ke? berapa byk barang US di Malaysia? berapa banyak pelabur US di Malaysia? honestly aku ada sepasang kasut Adidas..beg MNG..hp Motorola..semua tu bukan penyumbang ke? aku marah dengan diri aku..tapi sehebat mana aku? aku dengar orang kata...tak mampu tolong berperang bersama kita berdoa untuk mereka...dan sedalam mana ingatan kita terhadap mereka dalam doa harian kita? jika sehariannya kita sibuk dan terkejar-kerjar dengan hal2 dunia?

islam baru lepas merayakan Aidil Adha...ribuan...jutaan manusia beragama islam datang ke Kaabah...tapi ketika Palestin bergolak..di mana jutaan tu? jutaan yang umpama buih di pinggir pantai...penuh ketika ombak menghempas dan seketikanya hilang...dan aku antara buih-buih itu...lenyap bila ombak pergi...

dan kisah Palestin yang terlalu lama...sejak dari tahun 70an...nama negara yang wujud hanya pada nama..setahu aku..orang islam tak boleh buat perjanjian dengan orang Yahudi tapi sampai hari ini itu jgk yang kita buat...Israel rampas Palestin kurang dari 24jam tapi setelah hampir 40 tahun kita tak pernah boleh bebas...

adakah meletupkan diri dikira sebagai bodoh atau jihad?