Wednesday, July 29, 2009

JULY

yup dah nak abis pun bulan julai ni, dari tarikh aku submit last post sampai hari ni macam-macam berlaku. dan bila duduk je depan screen blog ni...aku jadi lost..tak tau nak tulis apa. memang bab perasaan ni aku confirm fail. sebab tu sampai ada orang marah sebab aku tak boleh cakap dan explain..i really can't express my true feeling, so most of the time..aku hipokrit.

pada aku perkara yg melibatkan perasaan ni memenatkan. kena cari ayat yang terbaik supaya tak buat orang lain marah dan pada waktu yang sama cuba sampaikan apa yang aku rasa. malangnya 99% waktu nak explain tu aku kena consider pasal orang punya perasaan dan last sekali aku tak sampaikan apa yang aku rasa dan ikut je supaya orang lain puas hati.

conclusion: kalau nak hati rasa puas..tak payah kawan dgn sapa-sapa..anti-sosial; peaceful

Tuesday, June 02, 2009

BARU

jun 2009

baru je masuk hari kedua dan belum ada cerita nak diceritakan kecuali jabatan aku dah meeting exam..aku dah keluarkan slip keputusan pelajar cuma perlu tunggu official result dari PUO. lain-lain cerita menarik kena tunggu walaupun takde sapa pun yg baca blog aku...perasan je nih..huhuhuhu
LAMA 4

mei 2009

aku ada masa seminggu untuk ganti semua kelas, buat ujian 2, tanda assignment kuiz dan ujian dan nilai mini projek praktikal pelajar. sebab lepas tu aku ada kursus linux administration kat MAMPU (dengan menyimpan harapan bos yg aku boleh jadi instructor linux...huh ambitious giler!) dan balik je dari kursus budak exam selama seminggu dan kami ada masa seminggu utk tanda paper exam dan siapkan spreadsheet markah pelajar. jabatan lain rileks jeee.. bos aku ni memang hebat la.
LAMA 3

april 2009

antara bulan tersibuk aku, PUO ada konvokesyen dan aku AJK merangkap kuli yg perlu berkhidmat utk negara pada hari sebelum konvo, sepanjang hari konvo dan selepas konvo tamat (tak termasuk seminggu sebelum konvo mula) sebab aku ketua AJK Pakaian Istiadat Pelajar dan VIP...bunyi macam hebat giler tapi kerja mengangkut jubah...

then, aku kena pergi kursus induksi (dengan harapan disahkan dlm jawatan tahun depan) selama 2 minggu membuatkan aku tergolek-golek nak cari kelas ganti sebab bila aku balik budak ada seminggu sebelum exam..dengan carrymark tak siap..budak tak ambil ujian 2 dan assignment tak abis lagi tanda. malas nak cerita berapa subjek aku pegang dan berapa ramai student..nanti orang kata aku exaggerate cerita pulak.
LAMA 2

mac 2009

walaupun budak cuti semester seminggu dan ramai staf bercuti tapi aku la unit paling sibuk time ni..unit latihan staf, jadi urusetia untuk uruskan kursus termasuk aku pun jadi peserta kursus dari isnin sampai jumaat.
LAMA 1

februari 2009

aku datang ke UTHM untuk ambil final exam Dip Pendidikan aku selama seminggu. baca tidak apa pun tidak so tibai je jawab...dengan harapan janji pensyarah yang semua orang lulus ditunaikan.
LAMA

lama yg amat aku tak tulis kat sini..last cerita pasal visit aku ke SIS.. punya la lama..dan itu pun penghujung bulan januari. sebenarnya ada banyak cerita, hari-hari pun ada benda yg berlaku cuma sama ada tak sempat nak tulis, malas nak tulis, tak tau macamana nak tulis dan bila nak tulis je hilang semua benda tu dari dalam kepala. so mungkin aku patut refresh semula ingatan aku dan catit satu persatu.

Wednesday, January 28, 2009






SIS

setelah 13 tahun berlalu dan kembali untuk mengenang kisah yang terukir

Wednesday, January 14, 2009

SACRIFICE

lambakan cerita mengenai Palestin...dan cerita ni bukan cerita baru...dah lama...terlalu lama sebenarnya...tapi kisahnya tak pernah berubah...berlarutan hingga wujud term baru Islam adalah terrorist..terrorist adalah Islam...dan memang penyabar sungguh kita ni...terima aje.

kekadang aku terfikir...apa yang kita dah buat untuk Palestin..mereka yang seagama dengan kita..apa yang kita tolong mereka?...tolong sebarkan kekejaman mereka di Internet?...cukup ke? boikot barangan US...memadai ke? berapa byk barang US di Malaysia? berapa banyak pelabur US di Malaysia? honestly aku ada sepasang kasut Adidas..beg MNG..hp Motorola..semua tu bukan penyumbang ke? aku marah dengan diri aku..tapi sehebat mana aku? aku dengar orang kata...tak mampu tolong berperang bersama kita berdoa untuk mereka...dan sedalam mana ingatan kita terhadap mereka dalam doa harian kita? jika sehariannya kita sibuk dan terkejar-kerjar dengan hal2 dunia?

islam baru lepas merayakan Aidil Adha...ribuan...jutaan manusia beragama islam datang ke Kaabah...tapi ketika Palestin bergolak..di mana jutaan tu? jutaan yang umpama buih di pinggir pantai...penuh ketika ombak menghempas dan seketikanya hilang...dan aku antara buih-buih itu...lenyap bila ombak pergi...

dan kisah Palestin yang terlalu lama...sejak dari tahun 70an...nama negara yang wujud hanya pada nama..setahu aku..orang islam tak boleh buat perjanjian dengan orang Yahudi tapi sampai hari ini itu jgk yang kita buat...Israel rampas Palestin kurang dari 24jam tapi setelah hampir 40 tahun kita tak pernah boleh bebas...

adakah meletupkan diri dikira sebagai bodoh atau jihad?

Tuesday, January 06, 2009







WAJAH

mari kita tengok wajah-wajah "bosan" kat dalam kelas Dip Pendidikan UTHM....hehhehe


Thursday, December 18, 2008

DAN

sepanjang pagi aku attend meeting exam jabatan tapi aku antara wujud dengan tidak sebab aku bukan PA so takde laporan dan bos tak tanya apa-apa walaupun ada 11 orang pelajar aku fail untuk subject C++...dan aku antara 2 orang yang paling cepat bangun pergi amik makanan....hehehe..lapar giler

dan sepanjang petang aku kemas barang sebab for the first time aku kena pindah bilik dan aku mengantuk sangaaat.

waaaarrrrgggghhhhhh

Wednesday, December 17, 2008

NOTHING

takde apa nak cerita pun...sebab tiap-tiap hari ada benda berlaku...dan laast sekali rasa macam takde la best sangat ceritanya untuk diceritakan...hehehehe

1-4/12/08: kursus (TNA & e-peralatan)

5-7/12/08: balik melaka

5/12/08: iskandar nikah (malam)

6/12/08: majlis sebelah perempuan (aku takde sebab jaga abah kat hospital)

7/12/08: majlis kat rumah kami (abah dah keluar hospital...dan aku penat giler!...dan semua orang sibuk tanya aku bila lagi...kalau takde cerita apa-apa maksudnya belum lagi laaaa)

8/12/08: raya haji

9/12/08: balik ipoh

10-11/12/08: jaga exam (4 kali!)

minggu ni takde kerja sebab aku bukan Penasihat Akademik so tak perlu siapkan spreadsheet pelajar...hahaha...bestnya

tapi assignment tak siap...huhuhu

Monday, November 24, 2008


BANJIR

semalam, aku duduk kat ofis seharian sebabnya sibuk buat markah assessment pelajar. lewat petang baru nak balik malangnya kami sangkut di blok sendiri sebab air dari sg.rokam naik tinggi...dah ada rasa macam tersadai di kepulauan kecil...hehehe


Monday, November 17, 2008


PRACTICAL

aku tak boleh nak buat kerja lain sepanjang bulan ni,
tak abis-abis dengan mengisi buku ni...penat giler!

Friday, October 24, 2008


GIFT
a gift from France with love...hehehe

Friday, October 17, 2008


REWARD
a gift from me to myself as i received my first ever Anugerah Dekan for my first semester in Diploma Pendidikan
omedeto' !!

Wednesday, October 15, 2008

lights, new york

raining day, new york

park avenue, new york

NEW YORK

satu bandar yang penuh dengan keserabutan,
bandar yang tua tapi moden,
menjanjikan seribu harapan dan kekecewaan,
punyai kepadatan yang melebihi sebuah negara asia,
namun ironinya ia adalah sebuah bandar yang aku impikan,
aku ingin berada di sana,
hidup di sana,
menjadi sebahagian dari kepadatannya,
ingin hilang dalam kesibukannya,
antara wujud dengan tidak dalam keserabutannya,
sepi dalam kebisingannya,
hanyut dalam sepi yang sesak

Monday, October 13, 2008


SYAWAL
pagi syawal kami di rumah arwah nenek&atuk sebelah ayah

Wednesday, September 03, 2008

HUNGRY

hari ni masuk hari yg ke-3 puasa dan hari ni jadi terlebih lapar+penat sebab aku punya kelas dari 8am hingga 1.30pm..non-stop. 5 jam untuk 3 kelas yg berbeza termasuk lecture dan amali. masuk jam yg terakhir aku pesan pada pelajar jangan tanya byk2 soalan sebabnya aku dah tak larat nak bercakap...suara dah jadi mcm org demam. kalau nak ikutkan kelas aku ada lagi 2 jam pada sebelah petang (4.30-6.30) tapi aku batalkan dan masukkan bebudak tu dalam kelas pagi. lagipun kesian kat budak2...diaorang pun penat nak beli makan lagi nak kejar asar lagi.

anyway, itu je rutin hidup aku sehari-hari kat sini. nak kata boring sangat pun takde la jugak sebab hari-hari pun banyak je kerja nak kena buat termasuk saja tambah kerja lain (termasuk duit)...hehehhe.

apa-apa pun semoga ramadan tahun ini dapat membentuk hati yang lebih baik dari dulu begitu juga keimanan. sesungguhnya perjuangan ke jalan yang satu ni tak pernah tamat selagi hayat dikandung badan. dan semoga menjadi semakin tabah untuk apa juga rintangan. amin

Wednesday, August 06, 2008

HI

hehehe my little sweet ghossy (??)