tawaran HLP - part 2
sebelum ni cerita pasal persediaan asas, hari ni nak cerita lanjuta perkara yang perlu dilakukan. mesti terfikir pasal visa, passport dan sebagainyakan. aku hari tu kelam kabut jugak. sibuk tanya sana sini. poyo je sebab macam sibuk nak bagi tau orang yang kita nak keluar negara hehehe. tapi hari ni nak cerita pasal visa dan passport je. perkara lain next post.
visa
ini bergantung ke negara mana kita nak pegi. lawat website universiti untuk pelajar antarabangsa. ada negara tak perlu visa. maklumat lanjut boleh rujuk ke embassy. macam aku datang Ireland tak perlu visa. tapi masa sampai kat Heathrow, abang kastam tu tanya mana visa? cuak jugak la, aku jawab yg pihak embassy kata tak perlu. pastu dia tanya; so kalau takde visa apa yang perlu aku buat? aku jawab nanti sampai ireland aku perlu lapor diri kat Garda untuk dapat GreedCard untuk semua ahli keluar. Moral of the story, kita perlu tau "kenapa visa tak perlu", "sapa yang bagi tau tak perlu", "apa nak buat bila sampai kat sana", "kenapa kita dtg negara tu", "apa dokumen sokongan yang perlu ditunjuk pada kastam". tapi kalau dah tiap-tiap tahun melancong naik kapalterbang tak payah baca la post aku yang bab ni. ini cerita orang kampung yang pertama kali nak keluar negara. kalau kena buat visa; visa hanya boleh dibuat selepas mendapat surat tawaran dari KPM yang tulis: SURAT TAWARAN DAN KELULUSAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH DENGAN BIASISWA BAGI PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT) YANG MENGIKUTI KURSUS DI BAWAH SKIM LATIHAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN TAHUN 201X. camana nak dapat surat, yg ti kita cerita dalam post akan datang yang melibatkan perlbagai jenis borang. tapi yang pasti boleh claim sama ada buat visa ni kat sebelum fly atau bila dah sampai sana. yang penting tuntutan dibuat dalam tahun yang sama.
passport
haaa yg ni tak payah nak over excited macam aku. iye la orang tak pernah ada passport. pegi kelantan pun baru 2 kali seumur hidup ni, itu pun sebab 2 orang abang kahwin dengan mek kelantan. punya la excited pegi buat passport sikit punya awal. kenapa jangan buat awal? ULANGAN: NI CERITA UNTUK ORANG YANG TAK PERNAH ADA PASSPORT. sebab passport tu sekejap aje nak buat nya, sejam dan siap so tak perlu la nak klu sangat. 2-3 bulan sebelum fly boleh la buat passport sebab kita boleh claim passport yang dibuat dalam tempoh tahun yg sama.
borang tuntutan:
http://www.moe.gov.my/v/koleksi-borang?page=5
(Tuntutan Pasport/Visa)
borang tuntutan:
http://www.moe.gov.my/v/koleksi-borang?page=5
(Tuntutan Pasport/Visa)