Tuesday, April 29, 2014

professional

perkara yang mungkin membezakan antara orang Asia khasnya Malaysia dan lebih khusus orang Melayu ialah penggunaan professional. kita suka sangat dengan perkara yang berkaitan sensitiviti tapi sebenarnya kita tak pernah kisah langsung. aku cuma seorang pelajar di sini, namun pegawai perhubungan untuk pelajar postgraduate menyediakan tempat khusus manakala technician datang menyiapkan komputer lengkap dengan internet dan printer. siap bagi email sekiranya mahukan sebarang bantuan. dan semalam aku hantar email mohon software, technician yang sama datang cuba untuk install. walaupun tidak berjaya namun beliau tetap berusaha dan mencari penyelesaian lain untuk aku dengan menghubungi unit software dan penyelia aku. selain tu dia tolong settlekan masalah internet (sebab aku ada dua cable) dan buatkan report mengenai lampu siling di tempat aku tidak menyala. hari ini ada orang maintenance datang betulkan lampu-lampu dalam bilik dan koridor. 

kalau kat tempat kerja lama, nak software ye? meh datang bilik dan install sendiri. nasib lagi baik dia takde kat meja dan cari sendiri cd installer. internet takde? report helpdesk...errr tadi bukan kata internet takde  so camana nak report? maka tunggu la ye...best kan?

Monday, April 14, 2014

saja

dah jumpa supervisor - "very good progress" - oh gembiranya - malas sudah nak baca yang lain. nak balik asyik tengok jam kat tangan. setakat ni hari-hari rasa biasa aje. masih dalam keadaan antara percaya dengan tidak yang kini berpijak di bumi Irelan - maha besar kuasa Allah. nak berjalan duit takde dan leceh dan kesian kat anak-anak sebab sejuk. ada pun jalan depan rumah, seberang jalan ada terusan, kononnya bagi ikan makan tapi dah 2 keping baling biskut takde pun yang bercuit. tapi hari-hari tengok ada je orang memancing. teringin nak tanya tapi macam malas.

Wednesday, April 09, 2014

lain

kadang-kadang hujan tapi renyai-renyai aje. kadang-kadang matahari memancar walaupun tak berapa terik. tapi yang pastinya tetap sejuk. temperature paling tinggi pun setakat ni 15 Celsius. siapa yang jenis kulit biawak memang sangat sesuai duduk kat sini. agaknya sebab tu ramai orang malaysia tak nak balik agaknya. nyaman aje. 

untuk orang macam aku mungkin payah sikit nak duduk sini lama-lama. baru 3 minggu dah rasa macam nak balik. ada waktu rasa macam tak percaya yang aku dah ada kat sini. 

satu benda yang aku tak tau nak classify apa ialah tiap kali berjalan kat pedestrian tu memang sentiasa jumpa cacing. besar ada kecik pun ada. yang masih hidup pun ada yang dah mati pun ada. tak pasti cacing tu sendiri yang nak keluar atau burung yang tarik. tapi yang pasti aku geli giler.


Wednesday, April 02, 2014


Here i am, Maynooth, Ireland. Siapa pernah sangka, tidak pernah terlintas untuk berada di sini. Namun, sesungguhnya kuasa Allah itu sangat hebat. Aku yang asalnya hanya seorang budak kampung yang bersekolah di sekolah biasa sahaja dengan grade SPM pangkat 2. Dulu hanya bermimpi untuk keluar negara, melihat abang-abang dengan keputusan 'flying colours', dan pastinya ada waktu yang menyedarkan itu semua mimpi sahaja. 

Allah itu maha berkuasa, dan hari ini aku di sini, Lab Research 1, Dept of Computer Science, National University of Ireland, Maynooth, Ireland dengan harapan dapat menyiapkan PhD dalam bidang Evolutionary Computing.

Dan ini, adalah pejuang yang menyokong di belakang ku.




Terima kasih papa, imanina dan umar


Tuesday, April 01, 2014

percaya

kadang-kadang sukar untuk percaya berapa banyak yang telh dilalui sehingga ke hari ini; 1 April 2014