Tuesday, June 02, 2009

BARU

jun 2009

baru je masuk hari kedua dan belum ada cerita nak diceritakan kecuali jabatan aku dah meeting exam..aku dah keluarkan slip keputusan pelajar cuma perlu tunggu official result dari PUO. lain-lain cerita menarik kena tunggu walaupun takde sapa pun yg baca blog aku...perasan je nih..huhuhuhu
LAMA 4

mei 2009

aku ada masa seminggu untuk ganti semua kelas, buat ujian 2, tanda assignment kuiz dan ujian dan nilai mini projek praktikal pelajar. sebab lepas tu aku ada kursus linux administration kat MAMPU (dengan menyimpan harapan bos yg aku boleh jadi instructor linux...huh ambitious giler!) dan balik je dari kursus budak exam selama seminggu dan kami ada masa seminggu utk tanda paper exam dan siapkan spreadsheet markah pelajar. jabatan lain rileks jeee.. bos aku ni memang hebat la.
LAMA 3

april 2009

antara bulan tersibuk aku, PUO ada konvokesyen dan aku AJK merangkap kuli yg perlu berkhidmat utk negara pada hari sebelum konvo, sepanjang hari konvo dan selepas konvo tamat (tak termasuk seminggu sebelum konvo mula) sebab aku ketua AJK Pakaian Istiadat Pelajar dan VIP...bunyi macam hebat giler tapi kerja mengangkut jubah...

then, aku kena pergi kursus induksi (dengan harapan disahkan dlm jawatan tahun depan) selama 2 minggu membuatkan aku tergolek-golek nak cari kelas ganti sebab bila aku balik budak ada seminggu sebelum exam..dengan carrymark tak siap..budak tak ambil ujian 2 dan assignment tak abis lagi tanda. malas nak cerita berapa subjek aku pegang dan berapa ramai student..nanti orang kata aku exaggerate cerita pulak.
LAMA 2

mac 2009

walaupun budak cuti semester seminggu dan ramai staf bercuti tapi aku la unit paling sibuk time ni..unit latihan staf, jadi urusetia untuk uruskan kursus termasuk aku pun jadi peserta kursus dari isnin sampai jumaat.
LAMA 1

februari 2009

aku datang ke UTHM untuk ambil final exam Dip Pendidikan aku selama seminggu. baca tidak apa pun tidak so tibai je jawab...dengan harapan janji pensyarah yang semua orang lulus ditunaikan.
LAMA

lama yg amat aku tak tulis kat sini..last cerita pasal visit aku ke SIS.. punya la lama..dan itu pun penghujung bulan januari. sebenarnya ada banyak cerita, hari-hari pun ada benda yg berlaku cuma sama ada tak sempat nak tulis, malas nak tulis, tak tau macamana nak tulis dan bila nak tulis je hilang semua benda tu dari dalam kepala. so mungkin aku patut refresh semula ingatan aku dan catit satu persatu.