Friday, February 01, 2008

SCHEME

skim perkhidmatan DH...satu topik yang paling glamer di kalangan kakitangan politeknik dan kolej komuniti. asalnya, sungguhpun politeknik dan kolej komuniti berada di bawah naungan KPTM tetapi kami dibayar oleh KPM oleh kerana gred jawatan kami adalah gred guru; DG. mungkin atas dasar politeknik dan kk perlu memberi sumbangan yang sewajarnya kepada KPTM maka berlakunya perubahan gred jawatan kami..gred jawatan DH..Didik Higher education.

perubahan ini membawa kepada pilihan yang perlu dibuat oleh kakitangan yang telah dilantik, dan pemilihan ini menimbulkan banyak spekulasi dan juga pelbagai situasi. pada asasnya skim baru ini bertujuan bagi menaikkan taraf guru-guru dari politeknik dan kk namun sejauh manakah kenaikan taraf ini mampu melindungi hak-hak para guru yang telah sekian lamanya berada dalam sistem perguruan. sistem perguruan seperti mana sistem jawatan JPA yang lain menggunakan kaedah time-based, maknanya mana-mana kakitangan yang telah berkhidmat selama 10 tahun baru dibenar untuk naik ke gred jawatan baru. tetapi skim baru ini menggunakan kaedah kenaikan seperti mana yang digunapakai oleh universiti iaitu gred jawatan hanya boleh naik dengan syarat kakitangan perlu menyumbang dari segi ilmiah (present paper, research, conference, etc) selain menyambung pelajaran. namun kenaikan ini menjanjikan waktu kenaikan yang singkat.

skim ini pada pandangan peribadi dirasakan adalah amat bersesuaian sekali, kerana aku termasuk kakitangan yang baru (kurang dari 2 tahun) atau GSTT/GST tidak perlu menanggung seksa selama 5 tahun untuk dilantik ke jawatan sah (belum lagi kena tunggu untuk disahkan). tetapi tidak pada kakitangan yang senior, mereka prefer kepada kaedah lama. ini mungkin kerana mereka tidak berpuas hati kakitangan baru akan terus duduk sama taraf dengan yang lama selain tidak dapat menerima hakikat yang mereka perlu melakukan kerja lebih untuk naik gred.

dan aku merasakan ketidakpuashati ini adalah kurang bertepatan. kita perlu melihat prospek pendidikan tinggi ini dengan lebih jauh. dengan adanya skim baru ini kita sebagai golongan pendidik perlu menukar persepsi kita kerana martabat pendidikan yang kita beri serta hasil generasi yang dilahirkan adalah bergantung kepada persepsi kita hari ini. sekiranya politeknik dan kk dinaikkan taraf maka ianya menjadi value added kepada pelajar yang kita hasilkan. selain membuka peluang kepada guru politeknik dan kk untuk meneroka bidang masing-masing dengan lebih luas. jika sebelum ini politeknik dan kk hanya terkongkong dalam dunianya yang tersendiri maka dengan skim baru ini kit boleh terlibat secara langsung dengan dunia luar. terdapatnya peruntukan untuk kita menghasilkan sesuatu yang baru dengan harapan dapat menyaingi mana-mana institusi pendidikan tinggi yang lain sama ada dalam atau luar negara. hari ini di antara kita yang sentiasa merasa was-was akan kemampuan kita untuk membuat penyelidikan atau produce paper dan rasa ini mengakibatkan jatuhnya rasa yakin diri yang membayangkan kenapa kita tadak boleh maju ke hadapan.

mungkin pendapat aku adalah sesuatu yang sukar diterima oleh senior tapi setidak-tidaknya ambillah masa untuk direnungkan sedalam-dalamnya dan renungan ini tidak tertakluk kepada diri sendiri sahaja tetapi anak didik dan martabat pendidikan politeknik dan kk. pasti skim ini tidak sempurna namun kita sedia maklum bahawa sentiasa ada ruang untuk penambahbaikkan.