Thursday, December 18, 2008

DAN

sepanjang pagi aku attend meeting exam jabatan tapi aku antara wujud dengan tidak sebab aku bukan PA so takde laporan dan bos tak tanya apa-apa walaupun ada 11 orang pelajar aku fail untuk subject C++...dan aku antara 2 orang yang paling cepat bangun pergi amik makanan....hehehe..lapar giler

dan sepanjang petang aku kemas barang sebab for the first time aku kena pindah bilik dan aku mengantuk sangaaat.

waaaarrrrgggghhhhhh

Wednesday, December 17, 2008

NOTHING

takde apa nak cerita pun...sebab tiap-tiap hari ada benda berlaku...dan laast sekali rasa macam takde la best sangat ceritanya untuk diceritakan...hehehehe

1-4/12/08: kursus (TNA & e-peralatan)

5-7/12/08: balik melaka

5/12/08: iskandar nikah (malam)

6/12/08: majlis sebelah perempuan (aku takde sebab jaga abah kat hospital)

7/12/08: majlis kat rumah kami (abah dah keluar hospital...dan aku penat giler!...dan semua orang sibuk tanya aku bila lagi...kalau takde cerita apa-apa maksudnya belum lagi laaaa)

8/12/08: raya haji

9/12/08: balik ipoh

10-11/12/08: jaga exam (4 kali!)

minggu ni takde kerja sebab aku bukan Penasihat Akademik so tak perlu siapkan spreadsheet pelajar...hahaha...bestnya

tapi assignment tak siap...huhuhu

Monday, November 24, 2008


BANJIR

semalam, aku duduk kat ofis seharian sebabnya sibuk buat markah assessment pelajar. lewat petang baru nak balik malangnya kami sangkut di blok sendiri sebab air dari sg.rokam naik tinggi...dah ada rasa macam tersadai di kepulauan kecil...hehehe


Monday, November 17, 2008


PRACTICAL

aku tak boleh nak buat kerja lain sepanjang bulan ni,
tak abis-abis dengan mengisi buku ni...penat giler!

Friday, October 24, 2008


GIFT
a gift from France with love...hehehe

Friday, October 17, 2008


REWARD
a gift from me to myself as i received my first ever Anugerah Dekan for my first semester in Diploma Pendidikan
omedeto' !!

Wednesday, October 15, 2008

lights, new york

raining day, new york

park avenue, new york

NEW YORK

satu bandar yang penuh dengan keserabutan,
bandar yang tua tapi moden,
menjanjikan seribu harapan dan kekecewaan,
punyai kepadatan yang melebihi sebuah negara asia,
namun ironinya ia adalah sebuah bandar yang aku impikan,
aku ingin berada di sana,
hidup di sana,
menjadi sebahagian dari kepadatannya,
ingin hilang dalam kesibukannya,
antara wujud dengan tidak dalam keserabutannya,
sepi dalam kebisingannya,
hanyut dalam sepi yang sesak

Monday, October 13, 2008


SYAWAL
pagi syawal kami di rumah arwah nenek&atuk sebelah ayah

Wednesday, September 03, 2008

HUNGRY

hari ni masuk hari yg ke-3 puasa dan hari ni jadi terlebih lapar+penat sebab aku punya kelas dari 8am hingga 1.30pm..non-stop. 5 jam untuk 3 kelas yg berbeza termasuk lecture dan amali. masuk jam yg terakhir aku pesan pada pelajar jangan tanya byk2 soalan sebabnya aku dah tak larat nak bercakap...suara dah jadi mcm org demam. kalau nak ikutkan kelas aku ada lagi 2 jam pada sebelah petang (4.30-6.30) tapi aku batalkan dan masukkan bebudak tu dalam kelas pagi. lagipun kesian kat budak2...diaorang pun penat nak beli makan lagi nak kejar asar lagi.

anyway, itu je rutin hidup aku sehari-hari kat sini. nak kata boring sangat pun takde la jugak sebab hari-hari pun banyak je kerja nak kena buat termasuk saja tambah kerja lain (termasuk duit)...hehehhe.

apa-apa pun semoga ramadan tahun ini dapat membentuk hati yang lebih baik dari dulu begitu juga keimanan. sesungguhnya perjuangan ke jalan yang satu ni tak pernah tamat selagi hayat dikandung badan. dan semoga menjadi semakin tabah untuk apa juga rintangan. amin

Wednesday, August 06, 2008

HI

hehehe my little sweet ghossy (??)

Wednesday, July 23, 2008

JULY

july is going to leave me:

hari jadi aku (i'm quite old now)
hari jadi adik
hari jadi iskandar
hari jadi asbul
hari jadi k.ita
hari jadi akhtar
kak shida nak bersalin
aku accident (kancil kat workshop)
hari memperingati pemergian mak

and my life goes on as usual

Wednesday, June 11, 2008





EXAM

something sweet from my student even though he need a favor from me..indeed

Thursday, June 05, 2008

LONG

it has been a long time since the last time i wrote something in this blog. admiring the other bloggers who always got something interesting to share with the audiences. and i've got nothing to announce. days gone by without hesitation leave me no room to wondering around. no words to develop the meaningful sentences. no picture has been taken to cherish the moment. somewhere or another it make me exhausted and barely breathing enjoying the fresh air.

and a day break will never promise to erase all the complication.

Monday, May 12, 2008

huh! lamanya tak menulis...sibuk sangat...meeting tak sudah-sudah...mengajar lagi...kerja ntah apa apa lagi...

Friday, February 01, 2008

SCHEME

skim perkhidmatan DH...satu topik yang paling glamer di kalangan kakitangan politeknik dan kolej komuniti. asalnya, sungguhpun politeknik dan kolej komuniti berada di bawah naungan KPTM tetapi kami dibayar oleh KPM oleh kerana gred jawatan kami adalah gred guru; DG. mungkin atas dasar politeknik dan kk perlu memberi sumbangan yang sewajarnya kepada KPTM maka berlakunya perubahan gred jawatan kami..gred jawatan DH..Didik Higher education.

perubahan ini membawa kepada pilihan yang perlu dibuat oleh kakitangan yang telah dilantik, dan pemilihan ini menimbulkan banyak spekulasi dan juga pelbagai situasi. pada asasnya skim baru ini bertujuan bagi menaikkan taraf guru-guru dari politeknik dan kk namun sejauh manakah kenaikan taraf ini mampu melindungi hak-hak para guru yang telah sekian lamanya berada dalam sistem perguruan. sistem perguruan seperti mana sistem jawatan JPA yang lain menggunakan kaedah time-based, maknanya mana-mana kakitangan yang telah berkhidmat selama 10 tahun baru dibenar untuk naik ke gred jawatan baru. tetapi skim baru ini menggunakan kaedah kenaikan seperti mana yang digunapakai oleh universiti iaitu gred jawatan hanya boleh naik dengan syarat kakitangan perlu menyumbang dari segi ilmiah (present paper, research, conference, etc) selain menyambung pelajaran. namun kenaikan ini menjanjikan waktu kenaikan yang singkat.

skim ini pada pandangan peribadi dirasakan adalah amat bersesuaian sekali, kerana aku termasuk kakitangan yang baru (kurang dari 2 tahun) atau GSTT/GST tidak perlu menanggung seksa selama 5 tahun untuk dilantik ke jawatan sah (belum lagi kena tunggu untuk disahkan). tetapi tidak pada kakitangan yang senior, mereka prefer kepada kaedah lama. ini mungkin kerana mereka tidak berpuas hati kakitangan baru akan terus duduk sama taraf dengan yang lama selain tidak dapat menerima hakikat yang mereka perlu melakukan kerja lebih untuk naik gred.

dan aku merasakan ketidakpuashati ini adalah kurang bertepatan. kita perlu melihat prospek pendidikan tinggi ini dengan lebih jauh. dengan adanya skim baru ini kita sebagai golongan pendidik perlu menukar persepsi kita kerana martabat pendidikan yang kita beri serta hasil generasi yang dilahirkan adalah bergantung kepada persepsi kita hari ini. sekiranya politeknik dan kk dinaikkan taraf maka ianya menjadi value added kepada pelajar yang kita hasilkan. selain membuka peluang kepada guru politeknik dan kk untuk meneroka bidang masing-masing dengan lebih luas. jika sebelum ini politeknik dan kk hanya terkongkong dalam dunianya yang tersendiri maka dengan skim baru ini kit boleh terlibat secara langsung dengan dunia luar. terdapatnya peruntukan untuk kita menghasilkan sesuatu yang baru dengan harapan dapat menyaingi mana-mana institusi pendidikan tinggi yang lain sama ada dalam atau luar negara. hari ini di antara kita yang sentiasa merasa was-was akan kemampuan kita untuk membuat penyelidikan atau produce paper dan rasa ini mengakibatkan jatuhnya rasa yakin diri yang membayangkan kenapa kita tadak boleh maju ke hadapan.

mungkin pendapat aku adalah sesuatu yang sukar diterima oleh senior tapi setidak-tidaknya ambillah masa untuk direnungkan sedalam-dalamnya dan renungan ini tidak tertakluk kepada diri sendiri sahaja tetapi anak didik dan martabat pendidikan politeknik dan kk. pasti skim ini tidak sempurna namun kita sedia maklum bahawa sentiasa ada ruang untuk penambahbaikkan.

Tuesday, January 22, 2008

BUZZ

A brand new semester...new faces..macam biasa...new time table dan paling best kena ngajar subject baru..Operating System..operating system??!!...aku tak ingat amende yg aku belajar dulu dan sekarang aku kena ngajar benda ni...apa yg aku nak ajar?

study..study...study........bila nak siap kerja aku yang lain ni?