Monday, November 13, 2006




blogger with beta...let's find it out






Thursday, November 09, 2006

EXHAUSTED

starting dari 20 oktober 2006 (jumaat) hingga ke hari ini aku rasa penat sangat. belum ada hari yang aku betul-betul dapat rehat dengan nikmat. rehat dalam erti kata "jadi sofa" hehehe this is a well known term for some of my friends. dari 20hb aku mula bergerak ke melaka untuk sambut raya. dan seperti biasa bila sampai rumah abah memang tak cukup tangan dibuatnya..mana yang nak kemas rumah, prepare untuk raya, settle internet dan perkara-perkara yang tak besar tapi banyak. dan yang paling best everything goes around with money. duit keluar macam air...lagi banyak dari jumlah air paip...macam air terjun! sedap aje keluar...nak kata aku ada bonus takde pun..gaji double dari tahun lepas jauh sekali..namun tetap bersyukur sebab terima gaji sebelum raya..alhamdulillah.

balik dari bercuti raya (aku tak rasa cuti sebab lagi penat dari kerja) sibuk pula dengan rumah terbuka..termasuk rumah aku sekali...tetiba je rumah aku ada acara rumah terbuka...heemmm dan termasuk la aku ke sg.buloh (sekolah adik) sebab dah janji. on that day aku driving more than 6 hours. sebab pergi balik dah 6 hours dan aku bawak adik keluar makan took another couple hours. dan ahadnya ada abang aku buat rumah terbuka pula...huh!

this week ada relax sikit cuma ada tolong housemates buat preparation untuk "office terbuka" di tempat kerjanya. weekend ni pula aku kena pergi rumah orang kerja kahwin (officemate) dan ahadnya teman housemate cari bahan untuk majlis kahwinnya.

really hope next weekend would be much better than this weekend.

Wednesday, November 01, 2006

FORGOTTEN

semua blog yang aku lawat semuanya cerita pasal raya jadinya aku tak nak cakap pasal raya. raya is done and everything has been forgotten. so lets create a new chapter yang berkesinambungan dengan raya dan ramadan yang baru je kita lalui. iskandar (adik) bagi tau yang raya adalah untuk kita raikan azam dan semangat kita untuk berubah seperti mana yang kita cuba bina ketika ramadan dan pembinaan ini perlu berterusan ketika kita dalam bulan-bulan yang berikutnya sehingga ke bulan zulhijjah dan kita rayakan sekali lagi (dengan izin Allah) untuk meraikan kesungguhan kita tu. dan teruskan keazaman perubahan hingga ke ramadan yang berikutnya. moga-moga kita dalam tekad untuk terus berubah mencari jalan yang semakin hampir dengan yang Satu.
namun pada hakikatnya adakah kita cuba memahami apa yang sebenarnya kita rayakan hari ini