perkara yang mungkin membezakan antara orang Asia khasnya Malaysia dan lebih khusus orang Melayu ialah penggunaan professional. kita suka sangat dengan perkara yang berkaitan sensitiviti tapi sebenarnya kita tak pernah kisah langsung. aku cuma seorang pelajar di sini, namun pegawai perhubungan untuk pelajar postgraduate menyediakan tempat khusus manakala technician datang menyiapkan komputer lengkap dengan internet dan printer. siap bagi email sekiranya mahukan sebarang bantuan. dan semalam aku hantar email mohon software, technician yang sama datang cuba untuk install. walaupun tidak berjaya namun beliau tetap berusaha dan mencari penyelesaian lain untuk aku dengan menghubungi unit software dan penyelia aku. selain tu dia tolong settlekan masalah internet (sebab aku ada dua cable) dan buatkan report mengenai lampu siling di tempat aku tidak menyala. hari ini ada orang maintenance datang betulkan lampu-lampu dalam bilik dan koridor.
kalau kat tempat kerja lama, nak software ye? meh datang bilik dan install sendiri. nasib lagi baik dia takde kat meja dan cari sendiri cd installer. internet takde? report helpdesk...errr tadi bukan kata internet takde so camana nak report? maka tunggu la ye...best kan?
No comments:
Post a Comment