Wednesday, April 09, 2014

lain

kadang-kadang hujan tapi renyai-renyai aje. kadang-kadang matahari memancar walaupun tak berapa terik. tapi yang pastinya tetap sejuk. temperature paling tinggi pun setakat ni 15 Celsius. siapa yang jenis kulit biawak memang sangat sesuai duduk kat sini. agaknya sebab tu ramai orang malaysia tak nak balik agaknya. nyaman aje. 

untuk orang macam aku mungkin payah sikit nak duduk sini lama-lama. baru 3 minggu dah rasa macam nak balik. ada waktu rasa macam tak percaya yang aku dah ada kat sini. 

satu benda yang aku tak tau nak classify apa ialah tiap kali berjalan kat pedestrian tu memang sentiasa jumpa cacing. besar ada kecik pun ada. yang masih hidup pun ada yang dah mati pun ada. tak pasti cacing tu sendiri yang nak keluar atau burung yang tarik. tapi yang pasti aku geli giler.


No comments: