Monday, May 19, 2014

dapat tawaran HLP (sementara)

bila dah dapat tawaran HLP (sama ada dalam atau luar negara), pertama sekali sujud syukur - Alhamdulillah Allah bagi peluang pada kita, Allah gerakkan hati panel untuk terima permohonan kita. Maha suci Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita. 

Borang setuju terima
ini kena isi la bersama dengan pengesahan Pengarah

Kursus QA
ini wajib hadir, kalau tak dapat hadir, buat surat permohonan pada waktu yg sama telefon pegawai yang berkenaan. tapi jangan marah-marah kalau sepuluh kali call sekali baru jawab, Alhamdulillah berjawab juga. Biasa kursus QA ni dibuat di UUM, jadi pada ibu yang perlu membawa anak kecil boleh diletakkan di Pusat Asuhan UUM. Bayarannya RM30 sehari, siap makan mandi dan sebagainya. Tapi ibu-ibu perlu tengak jadual betul-betul sebab Khamis buka sampi 3.30pm dan Jumaat tak buka sedangkan kelas dari Isnin - Khamis dan biasanya ada malam. Kalau yang kelas malam tu mungkin boleh difikirkan bersama dengan pasangan. Pasal lulus ke tak, itu jangan risau KPM dah perabis beribu takkan dia nak bagi fail kan? hehehe

Kursus BTN (luar negara) 
ini pun wajib hadir, tapi tak perlu mohon, pihak KPM akan uruskan permohonan. Kita pergi je waktu dipanggil. Sekali lagi bagi ibu-ibu yang perlu bawa anak boleh telefon tanya dulu tempat dan sebagainya. Pada Ibu yang perlu menyimpan susu tak perlu bimbang, peti ais disediakan.

IELTS/TOEFL (luar negara)
Ini juga wajib, dinasihatkan cari la kawan-kawan yang ada TESL untuk tolong ajar cara jawab untuk karang dan pemahaman. disyorkan rujuk British Council untuk IELTS, tapi untuk TOEFL ni biasanya untuk yang nak ke US. Semak syarat kemasukan universiti, sebab UKM pun nak kan IELTS walaupun dalam negara (ini bukan universiti yang memartabatkan bahasa Melayu ke? hehehe). Kos utk IELTS RM630 (lebih kurang) kalau gagal satu paper amik semula semua yea.

Universiti
Ini juga penting, dapat pulak KPM nak universiti top 200 - giler ke apa? tapi itu la dah dia yang bagi duitnya so ikut je la kan. macam aku kira nasib baik hehehe. Untuk yang nak buat PhD kena cari supervisor yang berkaitan dengan bidang kita, email personally kat dia. Bagi tau yang kita fully sponsored by KPM. biasa nya itu je yg dia nak. Kalau boleh apply lebih dari 4, jangan jadi macam aku terhegeh-hegeh. 

Penempatan dan keluarga
sebenarnya ini yang paling penting, adakah pasangan sanggup cuti tanpa gaji untuk bersama dengan kita. kalau pasangan kerja gomen takpe jugak. kalau pasangan kerja swasta? takkan nak berhenti kerja. aku takde solution kat sini. yang ini kena bincang - yang penting kerjasama


No comments: