Thursday, November 09, 2006

EXHAUSTED

starting dari 20 oktober 2006 (jumaat) hingga ke hari ini aku rasa penat sangat. belum ada hari yang aku betul-betul dapat rehat dengan nikmat. rehat dalam erti kata "jadi sofa" hehehe this is a well known term for some of my friends. dari 20hb aku mula bergerak ke melaka untuk sambut raya. dan seperti biasa bila sampai rumah abah memang tak cukup tangan dibuatnya..mana yang nak kemas rumah, prepare untuk raya, settle internet dan perkara-perkara yang tak besar tapi banyak. dan yang paling best everything goes around with money. duit keluar macam air...lagi banyak dari jumlah air paip...macam air terjun! sedap aje keluar...nak kata aku ada bonus takde pun..gaji double dari tahun lepas jauh sekali..namun tetap bersyukur sebab terima gaji sebelum raya..alhamdulillah.

balik dari bercuti raya (aku tak rasa cuti sebab lagi penat dari kerja) sibuk pula dengan rumah terbuka..termasuk rumah aku sekali...tetiba je rumah aku ada acara rumah terbuka...heemmm dan termasuk la aku ke sg.buloh (sekolah adik) sebab dah janji. on that day aku driving more than 6 hours. sebab pergi balik dah 6 hours dan aku bawak adik keluar makan took another couple hours. dan ahadnya ada abang aku buat rumah terbuka pula...huh!

this week ada relax sikit cuma ada tolong housemates buat preparation untuk "office terbuka" di tempat kerjanya. weekend ni pula aku kena pergi rumah orang kerja kahwin (officemate) dan ahadnya teman housemate cari bahan untuk majlis kahwinnya.

really hope next weekend would be much better than this weekend.

No comments: